Thursday, March 24, 2011

justkhai byk membantu





Promosi-hosting-justkhai
Dari dulu lagi, Khai selalu dapat soalan dari mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog ni. Atau mungkin dah lama, cumanya masih di Blogspot dan masih kabur dengan cara-cara nak ber'blogging di WordPress self-hosted kerana perlu melalui pelbagai proses yang bagi mereka "sukar" termasuklah nak beli hosting, nak beli domain dan nak setup blog tersebut.
So Khai dah dapatkan satu pakej khas dari hosting tempatan, bagi memudahkan korang membuat pembelian sekali larung dan apa yang lebih best, nama domain yang bernilai RM40/setahun diberikan secara percuma beserta hosting hanya pada harga RM80 sahaja setahun. Jadi korang hanya perlu bermodalkan RM80 sahaja setahun untuk sesuatu yang baru dalam hidup korang. Indah sekali bukan? Apa sangatlah RM80 tu dalam masa 1 tahun di mana ilmu yang bakal korang dapat amatlah bermanfaat. Tak perlu upah orang. Lakukan sendiri! Ianya mudah!
Siapa yang dah ada hosting dan domain sendiri tu, kalau nak beli pun tiada halangan. Cumanya Khai lebih prefer pakej terhad ni dibeli oleh mereka yang teringin nak berblog di domain sendiri. Sampai bila nak guna blogspot dan ber-subdomainkan blogspot yang sangat ugly dan panjang. Mana korang lebih prefer samaada "iniblogsaya.blogspot.com" atau "iniblogsaya.com"? Hehehe..

Specification Hosting:

Dengan harga RM80 sahaja setahun, korang akan menerima sesuatu yang bernilai ratusan ringgit.
- 2 GB Storage
Untuk blogger baru atau mungkin yang dah berpengalaman sekalipun sekalipun, 2GB ni dah lebih dari cukup setakat nak host'kan sebuah blog dan fail-fail media di dalamnya. Jadi Khai request space yang perlu sahaja bagi memberi harga yang murah kepada korang. Kalau blog dah mula popular nanti macam Oh! Artis, masa tu la korang upgrade bandwidth. Kalau bermula dengan bandwidth yang tinggi dan tidak digunakan, kan dah membazir namanya tu. Tak perlu rambang mata dan tamak.
10GB Bandwidth/month
- Bandwidth sebanyak ini mungkin lebih dari cukup untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia blogging. Untuk makluman pengguna baru, secara detail'nya, bandwidth ini memberi maksud data yang masuk dan keluar dari blog korang. Macam korang share file audio 1MB dan didownload 10 orang, ini bermakna 10MB bandwidth telah digunakan. Begitu juga kalau korang letak gambar bersaiz 100KB dan dilihat oleh 10 orang maka ianya akan menggunakan 1MB bandwidth.
Free domain .com .net .org .biz .info .us
- Ini part paling best di mana domain adalah percuma. Domain ni kalau beli berasingan berharga RM40. Jadi kalau ikutkan korang beli hosting ni pada harga RM20 sahaja sebenarnya dengan spec yang agak mahal harganya.
Support 24/7 | Uptime 99.9%
Justkhai juga adalah sebuah website di bawah kekuasaaan server dari Serverfreak. Kalau tak bagus Khai pun taknak pilih. Pengalaman Khai dengan beberapa hosting sebelum ini adalah mengecewakan termasuk dari Exabytes (hosting paling mengecewakan)
Tidak dinafikan mungkin ada mana-mana hosting lain yang mempunyai spec seperti ini dan berharga lebih murah atau sama, cumanya mana yang korang utamakan iaitu harga atau kualiti? Harga murah tapi bakal menerima macam-macam masalah, buat apa kan?
Dengan link di atas ni sahaja korang akan menerima promosi Oh! Media ini. Promosi ni mungkin tak lama, jadi korang tolong cepat sikit la ye. Nanti kalau dah habis, jangan marah Khai pulak kalau korang tak sempat. Hehehe.
So sekarang pergi korek tabung atau curi mintak RM80 kat mak dan belilah hosting. Buat pengguna blogspot tu, dah naik penat cakap kat korang bertukarlah kepada WordPress. Sekali korang guna WordPress, sampai mati korang pandang sebelah mata je dengan blogspot tu. Ini bukan satu penghinaan tetapi satu kenyataan dari insan yang dah lebih dari kenal dengan Blogspot. Mungkin korang tak setuju dengan pendapat ni sebab korang masih gunakan Blogspot lagi sekarang ni dan belum pernah merasa blog WordPress berdomainkan sendiri, tapi kalau benda ni tak betul Khai pun takkan cakap sebab bukan Khai dapat upah ke apa. Khai dah guna Blogspot tu dulu bertahun-tahun dan tahu sangat mana yang lebih baik sebagai platform dunia blogging.
Kalau WordPress ni tak bagus, takkan la menang CMS Award baru-baru ni dan ianya bukan kali pertama. Dan perkara paling korang tak boleh nafikan, kita tak payah nengok jauh lah setakat dalam Malaysia ni dah cukup. Berapa ramai "otai" blogger iaitu mereka yang dah berpengalaman lama dalam dunia blog yang korang kenal menggunakan Blogspot berbanding WordPress self-hosted? Renung-renungkan.
***************************

Cara Pembelian Hosting

Oleh kerana ada yang tak tahu cara nak buat order dari link yang Khai berikan kat atas tu, so Khai merajinkanlah diri untuk tunjuk satu persatu caranya. Simple sahaja. Follow baik-baik ya step by step..
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
***************************
Dah selesai buat tempahan, maka korang tunggulah email dari mereka memberitahu hosting korang dah siap. Lepas tu boleh lah create blog menggunakan WordPress. Khai akan continue tutorial ni dalam part seterusnya bagaimana nak create blog wordpress melalui cpanel/directadmin/ftp dan seterusnya. Kalau korang follow tutorial ni dari awal, korang takkan ketinggalan dan dijamin berjaya. Benda ni senang je. Kalau korang rasa susah sebab korang tak tahu. Kalau dah tahu nanti, sengih je korang dengar pasal beli-beli hosting dan domain ni segala.
Tahukah korang, semua entri dari blogspot, boleh dipindahkan terus ke dalam WordPress Self-Hosted hanya dengan sekali klik? Jadi jangan risau kalau-kalau dah sayang sangat dengan blogspot dan entri korang dalam tu sebab semuanya kita boleh import dengan mudah.
P/s: Khai tak dapat apa-apa upah menulis artikel ini dan ini bukanlah advertorial. Ianya artikel yang lahir ikhlas dari hati untuk membantu dan menjawap persoalan-persoalan yang selalu Khai terima di internet mengenai caranya mahu mempunyai blog berdomain sendiri. Sekarang dah pun ada. Apa tunggu lagi? hehehe.

30 TIPS TENTANG WANITA..

 
 
 
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang .sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan. (klau playgurl tu lainla)

4. Sekiranya sorang wanita mencintai sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri . Kerana apa yang lelaki fikir adalah berlainan dengan apa yang wanita fikir .

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya 'kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.'

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, March 22, 2011

miera liyana seksi








kredit gambar ini kenapa budiey.com



APA CERITA TENTANTG MIERA LIYANA NI SUMA ORG SIBOK GILA CARI KAN  .HAHAA CARI JGN TAK CARI

Thursday, March 10, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda

(K A S E)


Saman ekor: Ketahui hak anda

 Zulhazmi Shariff   
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, 

ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda...



 TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam.
 Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. 

Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi 

kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

BHIC : selamat tinggal



kepada BHIC

tq lah ..

aku last kerja kat situ 

5/4/2011

syok gila..

hahha..

aku tak tau nak cakap cam ner...
website nak gempak

tapi bak kata orang meniaga berasap.
hahha
adoi..
payah nyer..
terpaksa lah aku cari kerja lain..hahha