Monday, May 17, 2010

Sendiri VS Berteman

Tuan Fadhilah Banyak MEmBantu..Saya pEtik SUma dari web Beliau ..tima kasih tuan



Sendiri atau berteman ??..erm, kedua-duanya punya kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..jika anda bujang, anda tentu merasakan bujang adalah lebih baik dari berkahwin,.,” tiada komitmen, tiada kongkongan”.. dan orang yang sudah berkahwin tentu berfikir sebaliknya..”ada perkongsian, ada tanggungjawab”.. Oh ya, sebenarnya saya bukan ingin bercerita tentang motivasi perkahwinan :) , tetapi mengenai partnership dalam perniagaan. Perjalanan dan perkembangan sesuatu bisnes pastinya lebih lancar apabila lebih banyak pihak terlibat, agihan kerja boleh mempercepatkan sesuatu proses perjalanan sesuatu bisnes. Antaranya ialah

1. Modal bisnes pula boleh didapati dengan lebih cepat,
2. kos yang terlibat pula boleh dikongsi,
3. boleh saling back-up antara satu sama lain

Namun begitu, kelemahan juga pastinya wujud jika “berkongsi” perniagaan. Antara perkongsian dalam perniagaan yang pernah saya lakukan ialah berkongsi dengan 5 keadaan iaitu :-

1. Perkongsian Modal,
2. Perkongsian kerja,
3. Perkongsian tempat/sewa,
4. Perkongsian pekerja
5. Perkongsian Minat

Perkongsian terbaik pada diri saya ialah berkongsi dengan orang yang paling rapat dengan anda iaitu orang mempunyai matlamat yang sama, komitmen yang sama, pemikiran yang sama, semangat juang yang sama, cara kerja yang sama..pendek kata semua mesti sama :) tapi walaupun semuanya perlu kepada keserasian, partner anda perlulah menjadi seorang pengkritik bebas yang paling lancang telus terhadap diri anda.

p/s : Terima kasih kepada suami tercinta, beliau adalah pengkritik paling telus buat diri saya dalam menempuhi bidang perniagaan yang sangat mencabar ini sama ada dalam menjalankan perniagaan online mahupun perniagaan offline.

No comments:

Post a Comment