Monday, May 17, 2010

5 Falsafah Usahawan Berjaya

Ini dipetik dari WEB tuan FadiLLLaHH

Sering kita dengar, kejayaan orang lain adalah motivasi terbaik untuk kita berjaya…Di sini saya ingin kongsikan falsafah 5 orang tokoh korporat dan usahawan muda yang saya baca dari majalah Dewan Ekonomi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Walaupun kita mungkin biasa mendengar falsafah ini, apa yang penting ialah tindakan yang kita ambil, bukan ‘berfalsampah’ semata-mata :)

1.Disiplin & Pengorbanan Masa

2.Bermula kecil-kecilan akan membawa kejayaan besar

3.Segerakan bayaran pinjaman jika ada ( Lagi bagus jika tidak berhutang)

4.Tidak boleh mudah puas hati atas apa-apa yang kita miliki sekarang

5. Tentukan matlamat perniagaan & lakukan dengan bersunguh-sungguh

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, jika kita ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau keusahawanan, penetapan matlamat adalah paling penting. Selepas itu diikuti dengan usaha yang berterusan tanpa pernah ada rasa puas dengan apa yang ada. Oleh kerana bidang perniagaan melibatkan modal dan pengurusan wang, cabang disiplin berkaitan pengurusan wang adalah sangat penting. Perniagaan yang paling baik ialah yang menggunakan modal hasil simpanan sendiri, namun jika perlukan pinjaman untuk suntikan modal segerakan pembayaran.

p/s : Berusahalah kerana usaha tangga kejayaan, (jangan berpuas hati sehingga menjadi yang paling baik)

1 comment: