Hari ini saya mahu berkongsi beberapa petua yang agak berkesan bagi mereka yang comel. Bagi yang dah mempunyai badan cantik, sila jangan baca. heh! Tips pertama untuk kuruskan badan adalah anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda. ahaha.
1. Sediakan senarai makanan anda setiap hari dengan jumlah kalori sekali. Masuk sini untuk check kalori makanan anda.
2. Sebelum makan, haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.
3. Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.
4. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis
5. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
Tips kedua kuruskan badan; Sediakan jampi aka motovasi supaya anda setia dengan apa yang anda sedang lakukan.
”Saya tahu saya sangat cantik apabila saya kurus”. heh! Tak salah bagi anda untuk memuji diri sendiri dan bagi saya, pujian merupakan pembakar semangat untuk berusaha lebih keras. ahaha. ‘alahai, jojo struys mesti akan terpikat kalau perut saya tidak terboroi kehadapan”. Fikir-fikirkan lah yer!
Tips ketiga kuruskan badan; Exercise bersama Orang Tersayang
Nampak agak pelik bukan tetapi pernah tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami isteri yang berlari bersama – sama?Sebenarnya berjogging berdua lebih cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. Lelaki terutamanya apabila melakukan sesuatu perlu ada penggerak utama baru kerja akan berjalan dengan cepat.
Saya akan updatekan tips seterusnya untuk entri selepas ini. Sementara itu, saya kongsikan beberapa jumlah kalori pemakanan untuk anda semua yer. Diharapkan dapat membantu anda mendapatkan makanan yang lebih baik untuk kesihatan yang anda inginkan.
Cadangan pengambilan kalori setiap hari
Dewasa | Umur (Tahun) | Tenaga (Kalori |
Lelaki AktifSederhana Berat Badan 55 kg | 20 - 39 40 - 49 50 - 60 > 60 | 2,530 2,400 2,280 2,020 |
Perempuan AktifSederhana Berat Badan 50 kg | 0 - 39 40 - 49 50 - 60 > 60 | 2,000 1,900 1,800 1,600 |
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
a a la..teringin gak nk join bila nengok abg duk ih ah ih ah depan tb sambil nengok citte..tp segan lak hehe..mm bile la agaknye nk kikis perasaan malu nih huhu..
ReplyDeleteyeke.r.jgn segan wat jer...hehhe
ReplyDelete