Monday, December 19, 2011

KONSEP TAKAFUL

Konsep


KONSEP ASAS TAKAFUL
Konsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta

Al-Qasamah
memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. Menurut jumhur ulama’ Apabila berlaku sesuatu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak 50 orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang. Maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan


Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin

Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menerma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan  kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.
Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili
Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful

Mudharabah
Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan )  bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.

DEFINISI TAKAFUL

Definisi


DEFINISI TAKAFUL

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Takaful’ ialah ‘Kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘Takaful’ merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘Takafala’ maka ianya juga bererti ‘Salin menjamin, menjaga atau memeilhara’
Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta peserta jika diperlukan dimana peserta peserta sama sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional dimana kedua duanya merupakan instrumen untuk mebantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah

kenapa Takaful

Kenapa Takaful?

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua.

Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman sesawang ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mampu dan mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.

Sedangkan anda dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca laman sesawang ini.  

Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti

Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan permulaan serendah RM50.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.

Adakah dengan menyumbang RM50.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh miskin, muflis atau merempat? Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.

Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung. 

Dengan RM50.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.

Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda lakukan dengan jumlah sebanyak itu?. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.

Contoh:

Si ibu memiliki perlindungan Takaful Keluarga bernilai RM30,000.00 dan memiliki 4 orang anak. Secara purta anak anak beliau hanya akan menerima RM7,500.00 setiap seorang jika beliau meninggal dunia atau mengalami situasi dimana anda tidak mampu lagi bekerja. Apa yang boleh anak anak anda lakukan dengan wang sebanyak itu?

Ingat!!! anda masih ada masa, masih ada peluang dan masih ada kesempatan untuk mengubah ekonomi keluarga anda. Dengan menambah sumbangan tidak akan menyebabkan anda miskin atau merempat. Sedangkan orang lain boleh memiliki 3 hingga 4 polisi Insuran apakah kita hanya layak dengan 1 sijil takaful yang bernilai RM20.00 sebulan?

Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…

RM100,000 dalam masa 83 tahun atau dalam masa 1 malam. Fikir fikirkan…

Jika anda ingin menyimpan sebanyak RM100,000.00 dan anda hanya mampu menyimpan RM100.00 sebulan. Anda perlu mengambil masa selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Tetapi, jika anda membuka akaun perlindungan takaful, ianya tersedia dalam masa 1 malam tanpa menunggu 83 tahun.

Etiqa Takaful Berhad

Etiqa Takaful Berhad merupakan sebuah syarikat Takaful Komposit bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di dunia.

Etiqa Takaful Berhad merupakan syarikat takaful dibawah kumpulan perbankan yang terbesar di malaysia iaitu kumpulan Maybank 

Etiqa Takaful Berhad dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah supaya setiap aktiviti kewangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak.

Peringatan Penting Kepada Bakal Pelanggan

Kepada semua bakal bakal pelanggan syarikat insuran dan takaful. Pastikan anda mengistiharkan kesihatan anda dengan jujur didalam borang cadangan/permohonan semasa proses mengisi borang. Jika anda menyembunyikan tahap kesihatan anda berkemungkinan besar tuntutan anda akan ditolak. Untuk itu, bertindaklah dengan jujur semasa memberi tahu tahap kesihatan anda kepada wakil/agen syarikat takaful anda

Menurut seksyen 28 akta takaful 1984. Anda dikehendaki menerangkan dengan peuh dan benar segala butir yang anda tahu atau harus tahu diatas borang permohonan tersebut, jika tidak sijil yang dikeluarkan akan dianggap tidak sah

Masuk & Berhenti

Ramai peserta takaful berhenti atau menamatkan sijil ketika sijil mereka masih baru. Anda tidak seharusnya menamatkan sijil takaful yang sedia ada untuk menyertai pelan yang baru dari syarikat yang lain atau syarikat sekarang.

Tindakkan menamatkan sijil akan merugikan diri anda sendiri dan menguntungkan syarikat dan wakil yang mewakili anda.

Untuk pengetahuan saudara/i yang saya hormati. Syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia dikawal selia oleh pihak yang berkewajipan. Mereka memantau segala aktiviti supaya selari dengan kehendak agama Islam.

Jangan terpengaruh dengan wakil wakil yang mengesyorkan supaya anda menamatkan sijil takaful anda. Seeloknya behubung dahulu dengan wakil anda atau syarikat anda untuk memastikan dakwaan mereka.

Lainlah jika anda menyertai pelan yang bercanggah dengan tuntutan agama seperti link dibawah ini

http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah

etiqa takaful (MEDICAL CARD)

PENGENALAN

Takaful Nasional Berhad telah diperkenalkan di Malaysia sebagai MNI Takaful pada tahun 1993 dan ia telah dirasmikan dengan nama Takaful Nasional oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad pada tahun 1998, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid. Penghujung tahun 2007, Takaful Nasional telah mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat takaful terbesar di Malaysia dengan bergabung di bawah naungan Maybank, sebuah institusi kewangan terkukuh di Asia . Perubahan ini telah membawa kepada imej dan nama baru takaful :- ETIQA TAKAFUL BERHAD. Aset sebanyak RM3.8bil yang kukuh menguatkan lagi cabang muamalat Islam menguasai industri takaful Negara .

“ Persidangan Jawatankuasa Fatwa 1979 memutuskan bahawa insurans selain daripada TAKAFUL adalah HARAM kerana mengandungi unsur GHARAR, JUDI dan RIBA “ Rujukan JAKIM : 4000/1/4JLD7

( sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my )
Insuran yang dimaksudkan adalah insuran konvensional seperti Kurnia, Prudential, AIA, Great Eastern Life dsbnya. Hanya perlindungan TAKAFUL yang dibenarkan… renungkanlah…hukum syarak telah memutuskan, buatlah pilihan yang terbaik. Insya-Allah

Thursday, May 26, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA



MAI KAWAN2 KITA PENUH KAN HARI SEJUTA BELIA.


TAPI AKU TAK LEH NAK GI AWAL..ADA KERJA LER

TUNGGU TAU SABTU BARU SAMPAI..GHEHHEE


MARI LAH KITA RAMAIKAN 

HAHHA