Monday, December 19, 2011

kenapa Takaful

Kenapa Takaful?

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua.

Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman sesawang ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mampu dan mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.

Sedangkan anda dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca laman sesawang ini.  

Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti

Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan permulaan serendah RM50.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.

Adakah dengan menyumbang RM50.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh miskin, muflis atau merempat? Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.

Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung. 

Dengan RM50.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.

Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda lakukan dengan jumlah sebanyak itu?. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.

Contoh:

Si ibu memiliki perlindungan Takaful Keluarga bernilai RM30,000.00 dan memiliki 4 orang anak. Secara purta anak anak beliau hanya akan menerima RM7,500.00 setiap seorang jika beliau meninggal dunia atau mengalami situasi dimana anda tidak mampu lagi bekerja. Apa yang boleh anak anak anda lakukan dengan wang sebanyak itu?

Ingat!!! anda masih ada masa, masih ada peluang dan masih ada kesempatan untuk mengubah ekonomi keluarga anda. Dengan menambah sumbangan tidak akan menyebabkan anda miskin atau merempat. Sedangkan orang lain boleh memiliki 3 hingga 4 polisi Insuran apakah kita hanya layak dengan 1 sijil takaful yang bernilai RM20.00 sebulan?

Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…

RM100,000 dalam masa 83 tahun atau dalam masa 1 malam. Fikir fikirkan…

Jika anda ingin menyimpan sebanyak RM100,000.00 dan anda hanya mampu menyimpan RM100.00 sebulan. Anda perlu mengambil masa selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Tetapi, jika anda membuka akaun perlindungan takaful, ianya tersedia dalam masa 1 malam tanpa menunggu 83 tahun.

Etiqa Takaful Berhad

Etiqa Takaful Berhad merupakan sebuah syarikat Takaful Komposit bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di dunia.

Etiqa Takaful Berhad merupakan syarikat takaful dibawah kumpulan perbankan yang terbesar di malaysia iaitu kumpulan Maybank 

Etiqa Takaful Berhad dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah supaya setiap aktiviti kewangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak.

Peringatan Penting Kepada Bakal Pelanggan

Kepada semua bakal bakal pelanggan syarikat insuran dan takaful. Pastikan anda mengistiharkan kesihatan anda dengan jujur didalam borang cadangan/permohonan semasa proses mengisi borang. Jika anda menyembunyikan tahap kesihatan anda berkemungkinan besar tuntutan anda akan ditolak. Untuk itu, bertindaklah dengan jujur semasa memberi tahu tahap kesihatan anda kepada wakil/agen syarikat takaful anda

Menurut seksyen 28 akta takaful 1984. Anda dikehendaki menerangkan dengan peuh dan benar segala butir yang anda tahu atau harus tahu diatas borang permohonan tersebut, jika tidak sijil yang dikeluarkan akan dianggap tidak sah

Masuk & Berhenti

Ramai peserta takaful berhenti atau menamatkan sijil ketika sijil mereka masih baru. Anda tidak seharusnya menamatkan sijil takaful yang sedia ada untuk menyertai pelan yang baru dari syarikat yang lain atau syarikat sekarang.

Tindakkan menamatkan sijil akan merugikan diri anda sendiri dan menguntungkan syarikat dan wakil yang mewakili anda.

Untuk pengetahuan saudara/i yang saya hormati. Syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia dikawal selia oleh pihak yang berkewajipan. Mereka memantau segala aktiviti supaya selari dengan kehendak agama Islam.

Jangan terpengaruh dengan wakil wakil yang mengesyorkan supaya anda menamatkan sijil takaful anda. Seeloknya behubung dahulu dengan wakil anda atau syarikat anda untuk memastikan dakwaan mereka.

Lainlah jika anda menyertai pelan yang bercanggah dengan tuntutan agama seperti link dibawah ini

http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah

No comments:

Post a Comment