Monday, May 17, 2010

pernah ker kita tanya diri sendiri

Pernah tanya diri sendiri tak di manakah kita 10 tahun akan datang ? Kalau kita sudah mengadapNya itu tak perlu cerita … hehhe tapi kalau kita masih diberi peluang bernafas dan meneruskan kehidupan …?

Baru-baru ini Dhiela berjumpa kawan baik Dhiela .. kami sering berjumpa dan biasanya setiap kali berjumpa perbualan kami santai tetapi banyak ilmu baru Dhiela pelajari kerana kawan baik Dhiela ini kira-kiranya ‘orang lama tapi jiwa baru’ dan telah bergelumang dengan dunia pemasaran hampir 30 tahun … bermula dari bawah sehingga sampai tahap ‘autopilot’ Dhiela usik dia … hehehe selain daripada itu , Dhiela tak lepaskan peluang utk pekena rojak pasembor yg sememangnya yummy di situ ;)

Salah satu perkara yang kami bualkan berbunyi begini : -

Him : I tanya anak-anak I bila korang dah berumur 55 tahun berapa $$$ dalam tangan …
Dhiela : * tersengih-sengih cam kerang busyuk …
Him : Ayah bila dah 55 tahun Ayah ada RM1.5 juta … kamu pula berapa ?

Huh .. tu dia .. Dhiela terdiam berfikir .. sebab Dhiela tak pernah terpikir lak … yg penting “Life Freedom” … best partnya member nie bercerita kerja pertama yang diperolehinya basic salary cuma RM180 ( era 80an) tetapi tinggal di Kuala Lumpur … pi dating 2 hengget pun dah cukup .. katanya … kami sama-sama ketawa sbb Dhiela cakap of course sebb naik bas baru 50 sen … hahahha

Tapi dia cukup menekankan kejujuran | Keikhlasan | Keberkatan dalam setiap apa jua pekerjaan atau keputusan yang diambilnya … setelah berkahwin … isteri berhenti kerja utk fokus pada anak-anak dan rumahtangga … pada masa itu basic salary beliau RM300!

Di sini pentingnya MATLAMAT dan selepas kita menetapkan MATLAMAT kita akan mula membuat ‘rangka pelan’ untuk pelaksanaan dan sekiranya kita berangan-angan mahu menjadi JUTAWAN adalah perlu kita membuat perancangan yang selari dengan kemampuan & mewujudkan persekitaran yang dipenuhi AURA JUTAWAN seperti berkawan dengan orang-orang yang telah mencapai status jutawan atau Millionaire In The Making …

Jangan pula hendak menjadi JUTAWAN tetapi berkawan dengan orang yang berfikiran sempit miskin jiwa malas berusaha… Dhiela kalau ada individu sebegini di kalangan Dhiela … minta mahap manyak-manyak Dhiela akan lari jauh-jauh … bukannya tidak mahu mendekati mereka atau berkawan dengan mereka tetapi kalau mereka MALAS Dhiela pun malas gak .. malas nak layan … kui kui kui ! Sbb bila berbual dengan mereka … terasa sungguh aura negatif yang tidak ditangani dengan betul ianya memakan diri …

Buat julung-julung kali Dhiela telah ditawarkan projek JOINT VENTURE ( JV ) oleh Bro Izuan … walaupun tidak pasti apa sebenarnya tetapi Dhiela sukakan semangat beliau yang suka mencari ILMU samada berbayar atau percuma hehehhe… lepas itu dikongsikan dengan orang lain.

Projek ini berkaitan dengan memotivasikan diri & mencari matlamat sesuai dan ianya merupakan kompilasi perkongsian pengalaman 8 Jutawan Tersohor Malaysia yang merangkumi pelbagai bidang termasuk MLM & Masakan …..

Kalau ditanya pada Dhiela apa yang respon Dhiela selepas membaca EBOOK Mentor JUTAWAN … Jawapan Dhiela : WOW!

Dhiela tidak pernah menyangka ianya mampu mengubah cara Dhiela berfikir & melihat … dan Dhiela bukan lagi individu yang sama jika dibandingkan sebelum Dhiela membacanya …

Jadi pada sesiapa yang inginkan MOTIVASI Diri | Tercari-cari MATLAMAT | Belajar Cara-cara HENDAK JADI JUTAWAN | Merasai SEMANGAT & AURA JUTAWAN …. EBOOK Mentor JUTAWAN adalah jawapannya …

Mahu memiliki EBOOK Mentor JUTAWAN , KLIK

Ada sebarang pertanyaan mengenai EBOOK Mentor JUTAWAN,



Kalau Anda INGIN MENJADI JUTAWAN Tetapi MALU Hendak MENGELUARKAN RM40 … lu pikirlah sendiri …!

No comments:

Post a Comment