Monday, December 19, 2011

KONSEP TAKAFUL

Konsep


KONSEP ASAS TAKAFUL
Konsep asas takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjsama di kalangan Peserta

Al-Qasamah
memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. Menurut jumhur ulama’ Apabila berlaku sesuatu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak 50 orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang. Maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan


Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin

Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menerma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful. semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam Industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ ( derma ) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan  kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung melindungi.
Jesteru itu, jika seorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili
Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta. tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful

Mudharabah
Mudharabah ( Amanah Berkongsi Keuntungan )  bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagaihkan antara peserta dengan pengendali takaful.

No comments:

Post a Comment