Thursday, March 24, 2011

justkhai byk membantu





Promosi-hosting-justkhai
Dari dulu lagi, Khai selalu dapat soalan dari mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog ni. Atau mungkin dah lama, cumanya masih di Blogspot dan masih kabur dengan cara-cara nak ber'blogging di WordPress self-hosted kerana perlu melalui pelbagai proses yang bagi mereka "sukar" termasuklah nak beli hosting, nak beli domain dan nak setup blog tersebut.
So Khai dah dapatkan satu pakej khas dari hosting tempatan, bagi memudahkan korang membuat pembelian sekali larung dan apa yang lebih best, nama domain yang bernilai RM40/setahun diberikan secara percuma beserta hosting hanya pada harga RM80 sahaja setahun. Jadi korang hanya perlu bermodalkan RM80 sahaja setahun untuk sesuatu yang baru dalam hidup korang. Indah sekali bukan? Apa sangatlah RM80 tu dalam masa 1 tahun di mana ilmu yang bakal korang dapat amatlah bermanfaat. Tak perlu upah orang. Lakukan sendiri! Ianya mudah!
Siapa yang dah ada hosting dan domain sendiri tu, kalau nak beli pun tiada halangan. Cumanya Khai lebih prefer pakej terhad ni dibeli oleh mereka yang teringin nak berblog di domain sendiri. Sampai bila nak guna blogspot dan ber-subdomainkan blogspot yang sangat ugly dan panjang. Mana korang lebih prefer samaada "iniblogsaya.blogspot.com" atau "iniblogsaya.com"? Hehehe..

Specification Hosting:

Dengan harga RM80 sahaja setahun, korang akan menerima sesuatu yang bernilai ratusan ringgit.
- 2 GB Storage
Untuk blogger baru atau mungkin yang dah berpengalaman sekalipun sekalipun, 2GB ni dah lebih dari cukup setakat nak host'kan sebuah blog dan fail-fail media di dalamnya. Jadi Khai request space yang perlu sahaja bagi memberi harga yang murah kepada korang. Kalau blog dah mula popular nanti macam Oh! Artis, masa tu la korang upgrade bandwidth. Kalau bermula dengan bandwidth yang tinggi dan tidak digunakan, kan dah membazir namanya tu. Tak perlu rambang mata dan tamak.
10GB Bandwidth/month
- Bandwidth sebanyak ini mungkin lebih dari cukup untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia blogging. Untuk makluman pengguna baru, secara detail'nya, bandwidth ini memberi maksud data yang masuk dan keluar dari blog korang. Macam korang share file audio 1MB dan didownload 10 orang, ini bermakna 10MB bandwidth telah digunakan. Begitu juga kalau korang letak gambar bersaiz 100KB dan dilihat oleh 10 orang maka ianya akan menggunakan 1MB bandwidth.
Free domain .com .net .org .biz .info .us
- Ini part paling best di mana domain adalah percuma. Domain ni kalau beli berasingan berharga RM40. Jadi kalau ikutkan korang beli hosting ni pada harga RM20 sahaja sebenarnya dengan spec yang agak mahal harganya.
Support 24/7 | Uptime 99.9%
Justkhai juga adalah sebuah website di bawah kekuasaaan server dari Serverfreak. Kalau tak bagus Khai pun taknak pilih. Pengalaman Khai dengan beberapa hosting sebelum ini adalah mengecewakan termasuk dari Exabytes (hosting paling mengecewakan)
Tidak dinafikan mungkin ada mana-mana hosting lain yang mempunyai spec seperti ini dan berharga lebih murah atau sama, cumanya mana yang korang utamakan iaitu harga atau kualiti? Harga murah tapi bakal menerima macam-macam masalah, buat apa kan?
Dengan link di atas ni sahaja korang akan menerima promosi Oh! Media ini. Promosi ni mungkin tak lama, jadi korang tolong cepat sikit la ye. Nanti kalau dah habis, jangan marah Khai pulak kalau korang tak sempat. Hehehe.
So sekarang pergi korek tabung atau curi mintak RM80 kat mak dan belilah hosting. Buat pengguna blogspot tu, dah naik penat cakap kat korang bertukarlah kepada WordPress. Sekali korang guna WordPress, sampai mati korang pandang sebelah mata je dengan blogspot tu. Ini bukan satu penghinaan tetapi satu kenyataan dari insan yang dah lebih dari kenal dengan Blogspot. Mungkin korang tak setuju dengan pendapat ni sebab korang masih gunakan Blogspot lagi sekarang ni dan belum pernah merasa blog WordPress berdomainkan sendiri, tapi kalau benda ni tak betul Khai pun takkan cakap sebab bukan Khai dapat upah ke apa. Khai dah guna Blogspot tu dulu bertahun-tahun dan tahu sangat mana yang lebih baik sebagai platform dunia blogging.
Kalau WordPress ni tak bagus, takkan la menang CMS Award baru-baru ni dan ianya bukan kali pertama. Dan perkara paling korang tak boleh nafikan, kita tak payah nengok jauh lah setakat dalam Malaysia ni dah cukup. Berapa ramai "otai" blogger iaitu mereka yang dah berpengalaman lama dalam dunia blog yang korang kenal menggunakan Blogspot berbanding WordPress self-hosted? Renung-renungkan.
***************************

Cara Pembelian Hosting

Oleh kerana ada yang tak tahu cara nak buat order dari link yang Khai berikan kat atas tu, so Khai merajinkanlah diri untuk tunjuk satu persatu caranya. Simple sahaja. Follow baik-baik ya step by step..
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
order-serverfreak
***************************
Dah selesai buat tempahan, maka korang tunggulah email dari mereka memberitahu hosting korang dah siap. Lepas tu boleh lah create blog menggunakan WordPress. Khai akan continue tutorial ni dalam part seterusnya bagaimana nak create blog wordpress melalui cpanel/directadmin/ftp dan seterusnya. Kalau korang follow tutorial ni dari awal, korang takkan ketinggalan dan dijamin berjaya. Benda ni senang je. Kalau korang rasa susah sebab korang tak tahu. Kalau dah tahu nanti, sengih je korang dengar pasal beli-beli hosting dan domain ni segala.
Tahukah korang, semua entri dari blogspot, boleh dipindahkan terus ke dalam WordPress Self-Hosted hanya dengan sekali klik? Jadi jangan risau kalau-kalau dah sayang sangat dengan blogspot dan entri korang dalam tu sebab semuanya kita boleh import dengan mudah.
P/s: Khai tak dapat apa-apa upah menulis artikel ini dan ini bukanlah advertorial. Ianya artikel yang lahir ikhlas dari hati untuk membantu dan menjawap persoalan-persoalan yang selalu Khai terima di internet mengenai caranya mahu mempunyai blog berdomain sendiri. Sekarang dah pun ada. Apa tunggu lagi? hehehe.

No comments:

Post a Comment